RSS

Sunday, March 6, 2011

Perjuangan Palestin Baru

Anak perempuan kecil itu, mati tampak hanya kepala,
Dalam runtuhan timbunan rumah bedilan Israel penjenayah perang tanpa
perikemanusiaan,
Bahasa apa lagi, marah bagaimana lagi,
Demonstrasi di mana, boikot apa lagi,
Derma banyak mana,
Untuk mengajar makhluk Israel yang memamah rakus darah,
Membaham hancur insan kerdil,
Tanpa dosa,
Hendak rasanya dilontar segala batu,
dibedil segala peluru,
dikumpul semua kudrat,
dipadu segala hasrat,
agar Israel laknat,
hancur umpama kiamat,
PBB semacam mati,
OIC sentiasa sepi,
Amerika Syarikat bersubahat,
Kita hanya berbicara meluat melihat,
Di paparan media depan mata,
Kekejaman, keserakahan, kerakusan, kebinatangan,
Mereka tertawa menghitung kematian,
Mencatur politik kemenangan,
Atas timbunan korban banjiran darah,
Air mata jeritan bumi Ghaza,
Dikepung bertahun dalam perang yang haram,
Mana rancangan jangka panjang?
Mana peta jalan keamanan?
Mana perpaduan umat Islam?
Mana bangsa negara yang cinta kedamaian?
Mana perikemanusiaan?
Mana jalan penyelesaian?
Mana bait-bait kata”

Ke mana resolusi dimeterai?
Yang ada hanya pura-pura,
Yang ada hanya pekak dan tuli,
Yang ada hanya mati bila di Ghaza Zionis menjadi Nazi,
Di Dewan mulia rakyat Malaysia ini,
Di lafaz hasrat,
Dilontar segala hajat,
Agar PBB hidup kembal,i
OIC bangkit berdiri,
Amerika berhenti berdusta,
Israel berhenti maharajalela,
Kuasa besar jangan angkuh,
Negara Islam bersatu teguh,
Palestin merdeka, kembali kukuh,
Palestin baru yang aman makmur,
Yang selamat tidak hancur,
Yang hidup tidak berkubur,
Agar anak kecil yang mati itu,
Nyawanya tidak dipersia,
Agar kita terus boikot,
Bersatu bersuara,
Berhimpun berderma,
Berzakat dan berdoa.

0 comments: